Hari tu aku cuba nak upload video persembahan Fran tapi tak dapat. Baru-baru ni aku jumpa ada penonton dah upload video kat youtube. Terima kasih ya. Sekurang-kurangnya aku dapat tengok semula persembahan Fran hari tu.
Jom..kita tengok sama-sama.
Amacam best tak? Ini baru sikit je. Kalau tengok betul-betul, memang best. Suara dia tak berubah langsung.
p/s: ada sesiapa nak join tengok persembahan fran nanti?
Semalam menyaksikan persembahan Francissca Peter One Love, One Night, Save Lives di Ecoba Restaurant & Bar, mengimbas kembali zaman kegemilangan beliau. Boleh katakan aku tahu hampir setiap lagu yang dinyanyikan oleh Fran sebab aku membesar bersama-sama dengan lagu Fran bermula berduet dengan Roy sampailah Fran nyanyi solo. Kelebihan dengan crowd tak berapa ramai, aku dapat rasakan shownya lebih mesra dan rapat.
Mula-mula aku message Fran yang aku promote event dia kat blog aku. Tak sangka pula dia balas.Pada asalnya aku berbelah bahagi sama ada nak pergi atau tak tengok persembahan Fran tapi bila tengok Fran bersungguh-sungguh ajak aku, terus aku setuju. I'm speechless Fran!
Ok..cukup intro pasal Francissca Peter. Mari kita tengok apa yang berlaku sepanjang persembahan semalam.
Pengacara majlis oleh Will Quah. Handsome juga mamat ni.
Bermula dengan persembahan tarian seksi. Perrggh! So hot.
Persembahan istimewa daripada Francissca Peter.
Crowd yang sporting. Boleh nyanyi dan menari bersama-sama.
Banyak juga lagu popular yang dinyanyikan oleh Fran. Antaranya ialah Sekadar di Pinggiran, Si Kunang-kunang, himpunan lagu duet dengan Roy dan banyak lagi. Aku cuba nak upload video tapi tak dapat. Anyway aku share video lagu Si Kunang-kunang untuk tatapan semua. Ok tak?
Sepanjang persembahan selama 3 jam (show mula pukul 9.30 malam), Fran bukan sahaja membuat persembahan malah ada juga aktiviti lelongan untuk diserahkan kepada PT Foundation. PT Foundation adalah sebuah badan kebajikan yang memberi maklumat dan memberi kesedaran yang berkaitan dengan HIV/AIDS dan seksualiti di Malaysia.
Dapat seat baik punya.
Bergambar dengan Francissca Peter. Akhirnya dapat jumpa personally! Siap dapat peluk lagi tu. Akak terharu.
Rasa tak puas tengok persembahan Fran. Kalau boleh nak minta Fran sambung nyanyi lagi tapi apa yang boleh aku buat. Dapat tengok persembahan Fran, dah kira baik.
Hari-hari dengar aku dengar lagu Sudah Cukup Sudah sampai 1 hari entah berapa kali main lagu ni. Punyalah selalu sangat dengar lagu ni, dah melekat kat otak aku. Hahaha..
Secara ringkas, lagu ini maksudnya bila kekasih kau dah buat hal dan kau rasa cukup-cukuplah. Lebih baik kau berambus dan jangan kau peningkan kepala aku! Ok tak penerangan aku?
WWF Malaysia perlukan bantuan anda. Sama-samalah kita menderma dan berbakti untuk selamatkan harimau. Tahukah anda, ada tinggal kurang daripada 500 ekor harimau di Malaysia. Jadi jangan biarkan mereka pupus!
Masa aku balik dari bank, kebetulan jumpa wakil WWF sedang buat kempen menderma. Apa lagi, tanpa berfikir panjang aku melaksanakan tanggungjawab aku dengan menderma RM38 sebulan (lebih kurang RM1.27 sehari). Beli KFC pun lagi mahal tau. Hehehe..